Ni sambungan dari bahagian sblmnya.
Kira macam motorsikal bahgian 2 la.
Motor kedua yang aku pakai skrg ni ninja 250r. Ini pun bini aku yang belikan.
Tupun setelah aku merengek rengek nak motor besar. Ada pepatah menyatakan. Kalau kita tak dapat berhenti memikirkannya maka belilah.
Ok tu semua alasan. Kebenaran adalah aku mmg mengidam motor besar.
Sebenarnya moto ni bukan besar mana pun. Acah acah boleh la. Moto ni aku beli sekenhen. Milage boleh dikatakan rendah dan yg paling penting full ori tak pernah eksiden.
Kelebihan.
Motor ni mcm takda kelebihan pun pada aku.. kalau ada pun gaya je la.
Kalau bujang pakai best la kut.
Byk la awek pandang.
Awek ni bukan tau sangat pun. Fz convert pun dia ingat moto besar. Rxz pun dia ingat moto besar. Asalkan tank kat depan semua big bike..
So itu je kelebihan moto ni. Gaya.
Kekurangan.
Yes ada byk. Antaranya seperti berikut.
1. Mahal. Dari semua segi. Harga beli dah tentu mahal. Servis pun mahal. Sparepart pun mahal. Aku malas nak menaip nak terangkan satu satu. Tapi kalau poket tu tak tebal atau ngam2 je baik tayah pakai. Simpan je bli susu anak. Ikhlas dari aku
2. Tak laju. Moto ni mmg tak laju. Maksimum 160kmh kata org. Aku tak penah try lagi. Yg selesa 100-120kmh.. rpm9-10 la. Lebih boleh je pegi tapi sian enjen rpm tinggi. Kalau suka laju bli je 2stroke. Aku tak kata 2stroke laju.. krr150 2t brapa sgt bole pegi. laju sikit dari ninja 250 je. Kalau selalu lenjan jahanam la. So jgn mengharap moto ni laju.
3. Handling. Susah berbanding kapcai.
Moto ni berat. Nak mencilok kalau jam tahap dewa mmg mengharap je la. Demak 90cc aku lagi lincah. Selalu kene main je moto2 besar ni kalau kat town. Itu hakikat macam aku dulu2 jugak selalu menganjing moto besar..
So itulah antara kebestan dan ketakbestan moto ni.
Pelikan moto bercc250 ni.. kat town tak best.. kat hiway kene asap..
Jadi persoalannya untuk apa kita beli moto bercc250 ni?
Bersambung seterusnya. Penat menaip.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan