Isnin, 16 November 2015

Kegunaan motor 250cc

Mungkin tajuk ni je yg sesuai tuk penulisan kali ni.
Sebelum ni aku ada post tuk apa sebenarnya beli moto 250cc ni..
Tak laju.. berat.. takda bakul.. hmmm
Macam macam la(boleh rujuk post sebelum ni)

Tapi sebenarnya motor 250cc ni penting.
Cuba korg fikirkan kenapa pelumba moto gp bermula dari cc 125. Kenapa tak terus 500. Tentu ada sebab.

Pada aku moto 250cc yang aku pakai skrg ni adalah untuk beginner seperti aku.
Belajar bagaimana nak bawak moto clucth. Belajar nak kawal motor yg berat.
Belajar nak kawal kuasa yg ada. Semua la. Semua kene bermula dari awal. Dan ini pada aku adalah proses penyesuaian. Sampai satu masa korg akan terer bawak moto ni. Waktu tu adalah waktu yang sesuai untuk upgred.. terer tu bila korg rasa moto ni da slow dan yg paling penting bila korg rasa moto ni yg bawa korg bukan korg yg bawak moto. Mungkin korg tak faham ayat aku. Tapi nanti bila korg alami sendri baru faham.

Jadi skrg kita dah tahu moto ni adalah sebagai permulaan. Tak lebih dari tu. Sebab bila korg terus2 bawak moto 600cc dan keatas korg sbnrnya berisiko untuk membunuh diri. Lebih byk piston bermaksud lebih laju dan lebih berat. Kalau bermula dari kapcai mmg akan terasa bezanya.

Byk je kawan aku yg beli trus z800 er6n dan mereka selamat sampai skrg.
Mmg aku akui tak semestinya aku cakap korg akan eksiden. Tp kita bicarakan tentang risiko skrg ni. Kalau terus2 beli moto bercc tinggi lagi tinggi risiko korg akan eksiden. Ingat risiko...

Kebanyakan yg aku jumpa rata2 cakap nak beli motor 4inline sbb bunyi mengancam. 4inline yg ada kat pasaran malaysia pulak semua 600cc keatas. Tanak beli 2piston alasan bunyi motobot pot pot pot la.. dan kebykan mereka ni adalah yg termakan racun kawan2. Kawan2 tu pulak kadang ade yg tak penah bawak moto pun.. acah pro je.
Inilah pemikiran bodoh yg patut dihapuskan. Terus kepada cc besar korg akan terkejut beruk ungka siamang semua la. Mentenen sparepart insuran n rotex semua mencekik korg.

Jadi kesimpulannya bli je la 250cc dulu kalau korg ni baru nak berjinak2 dgn moto besar. Beli je seken sebab nak biasakan diri je. Sebab nanti lama2 nak jual balik upgred besar lagi. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan