Sebelum ni aku ada tulis tentang nak mulakan perniagaan. Tapi sebenarnya masa tulis tu mmg dah ada perancangan nak buka bisnes apa. Dan skrg ni mmg pasti aku akan buka sebuah bengkel motorsikal. Kenapa bengkel?? Sebab aku adalah seorg peminat moto tegar.
Dan mungkin jugak ni adalah untuk menyahut seruan kerajaan. Kalau rasa barang/baiki motor mahal maka sila buat bengkel sendri. Hahaha takdalah.. yang sebenarnya aku mmg minat moto.
Ianya satu kepuasan bila kita buat sendiri moto kita. Org lain kalau buat mesti cincai je. Kalau brg sendiri mesti buat elok2.
Buka bengkel moto mmg bukan mudah.
Mana2 bisnes pun bukan mudah.
Rata2 sama je antara semua bisnes.
1. Tempat. Tempat mmg pening kepala.
Kene tgk persaingan kalau2 dah ada bengkel lain buka. Susah nak bersaing dengan bengkel yg sedia ada sebab diorg ni dah kukuh. Kalau modal ratus ribu ok la. Kalau modal kecil mmg susah nak mng. Lepas tu kene tgk ada pelanggan ke tak tempat yg nak berniaga tu. Kebyakkan yg aku survey tmpat yg best semua mahal 2-3k. Yg jauh dari org murah la sikit. Tu pun masih mahal. Tempat mmg makan modal dan komitmen yg tinggi. Sebab kene bayar tiap bulan. Silap2 nak bayar sewa pun tercungap.
2. Pomen. Pun pening kepala jugak melainkan yg nak berbisnes ni adalah pomen. Gaji diorg ni kene mahal kalau tidak mmg diorg lari sebab byk permintaan. Mana2 diorg boleh g. Kalau bukak bisnes tapi tak laku mcmna nak bayar gaji pomen.
3. Alat ganti. Ni kire pembekal la yg kita nak bli sparepart kat mana. Kalau dapat murah mmg terbaik la sebab bole untung dan bagi harga berpatutan pada pelanggan. Kalau bli part da mahal mau pelanggan lari sebab ingat kita cekik harga.
4. Alatan bengkel. Ni modal tak besar. Dan paling best boleh guna tuk selama lamanya. Walau tak besar beribu jugak la habis. Air kompressor, welding, grinder, impact, set spanar, porting, dan lain2.
Dan skrg aku dalam proses nak memohon lesen perniagaan. Aku pun baru mencuba berbisnes. Tak faham sgt prosedurnya. Tu belum tau lagi tentang cukai bla3. Ntah ada ntah idak.
Jadi inilah bisnes yang akan aku buka.
Aku harap berjaya.